I made this widget at MyFlashFetish.com.

04 Oktober, 2010

SELANGOR GARANG

SELANGOR muncul pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2010 selepas memenangi perlawanan keempat berturut-turut dengan mengatasi T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini. Kemenangan itu sekaligus membolehkan Selangor kekal mengungguli saingan Kumpulan A dengan 12 mata maksimum, meninggalkan T-Team dan Perlis di tangga kedua dengan masing-masing memungut enam mata.

Selangor muncul pasukan tunggal daripada 16 pasukan yang bersaing bagi Piala Malaysia musim ini yang mencatat rekod kemenangan bersih dalam empat perlawanan dengan baki dua lagi perlawanan sebelum saingan memasuki peringkat suku akhir.

T-Team terlebih dahulu membolosi gawang lawan menerusi jaringan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-28 namun Mohd Amirulhadi Zainal menyamakan kedudukan pada min ke-42 sebelum Mohd Safee Mohd Sali menghasilkan gol kemenangan Selangor pada min ke-65.

1 ulasan:

Cute MuM berkata...

Yes!! nak g tgk kat Stadium!!!